Tablet terbaru dari HUAWEI iaitu MatePad 12 X 2026 kini boleh dibeli di Malaysia. Tablet ini hadir dengan pelbagai peningkatan yang menarik.

HUAWEI MatePad 12 X (2026) hadir dengan rekaan yang nipis dengan 5.9mm dan ringan dengan 555 gram sahaja. Menggunakan skrin LCD bersaiz 12-inci dengan resolusi 2800 x 1840. Turut menyokong paparan 144Hz, kecerahan puncak 1000 nits dan dilengkapi teknologi Ultra-Clear PaperMatte Display. Tiada maklumat mengenai cip yang dikongsi namun ia dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.


Menggunakan kamera tunggal belakang dengan sensor 13MP dan kamera swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 10,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Tablet ini turut menyokong M-pencil Pro yang menyokong beberapa ciri menarik seperti pinch, rotate dan juga quick button.

Spesifikasi lain yang turut tersedia seperti 6 pembesar suara HUAWEI Sound, WiFi 7, Bluetooth 5.2, dua mikrofon terbina dan menjalankan Harmony OS 4.2.

Untuk pasaran Malaysia, MatePad 12 X (2026) dijual pada harga RM2499 untuk 12GB + 256GB. Ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Green dan White. Bagi yang berminat, tablet ini boleh dipra-tempah bermula 6 hingga 9 Januari 2026. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM1047 iaitu HUAWEI M-Pencil Pro, HUAWEI Mouse dan PC-Level WPS Office 3.0.