Close

realme kembali jadi sub-jenama kepada OPPO

realme kembali menjadi sub-jenama kepada OPPO selepas syarikat tersebut mengesahkan bakal diintegrasikan di bawah OPPO sebagai sub-jenama.

Menurut laporan, langkah tersebut dibuat untuk mengukuhkan kerjasama dalaman antara OPPO, realme dan OnePlus. Selain itu, peralihan ini akan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan sumber dan mengurangkan kos operasi antara kedua-dua jenama.

Walaupun realme kembali menjadi sub-jenama kepada OPPO, namun realme akan mengekalkan jenama dan identiti mereka khususnya dari segi pemasaran dan penawaran produk. Peralihan ini dijangka tidak menjejaskan operasi realme di pasaran global.

Untuk rekod, realme mula ditubuhkan sebagai sub-jenama OPPO pada Mei 2018, sebelum beralih menjadi jenama bebas pada tahun yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN