Kerajaan menyasarkan 15 juta pendaftaran baru untuk MyDigital ID sepanjang tahun ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Rita Irina Abd Wahab, menyatakan sasaran tersebut dijangka akan dicapai seiring dengan strategi untuk menjadikan MyDigital ID sebagai keperluan rakyat bukan sekadar platform teknologi.

Selain itu, intergrasi dengan lebih dari 80 aplikasi dan portal kerajaan serta swasta akan mendorong kepada pendaftaran pengguna baru. Setakat ini, jumlah pendaftaran MyDigital ID telah mencecah 8.7 juta pengguna, sekali gus melepasi separuh daripada sasaran tahunan yang ditetapkan.
Penggunaan MyDigital ID juga cukup memberangsangkan dengan lebih dari 400,000 akses direkodkan setiap minggu. Kerajaan turut melakukan kerjasama strategik dengan perkhidmatan e-hailing bagi meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan MyDigital ID.
Buat yang tidak mengetahui, MyDigital ID merupakan platform digital yang berfungsi sebagai log masuk tunggal untuk perkhidmatan digital. Tawar keselamatan yang lebih baik dan kebolehcapaian untuk perkhidmatan dalam talian.