HUAWEI Mate X7 tiba secara rasmi ke pasaran tempatan, merupakan fon lipat terbaru dari HUAWEI dan telahpun dilancarkan lebih awal di beberapa pasaran global seperti UAE dan Arab Saudi.

HUAWEI Mate X7 hanya setebal 9.5mm apabila dilipat dan menjadi 4.5mm apabila dibuka. Berat keseluruhan peranti ini adalah sekitar 235 gram iaitu 4gram lebih ringan berbanding Mate X6. Mate X7 hadir dengan skrin yang lebih besar iaitu 6.49-inci OLED untuk skrin luar dan 8.0-inci LTPO OLED untuk skrin dalam. Kedua-dua skrin ini menyokong paparan 120Hz.

Dikuasakan dengan cip Kirin 9030 Pro yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Dilengkapi dengan kapasiti bateri 5600mAh yang menyokong pengecasan 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Menggunakan kamera utama 50MP RYYB dengan apertur boleh ubah F/1.4 hingga F/4.0 + 50MP Telefoto dengan 3.5x zum optik + 40MP Ultra Lebar. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 8MP yang diletakkan pada skrin luar dan skrin dalam.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan seperti penarafan IP58/IP59, pengimbas cap jari pada butang kuasa, NFC, WiFi 7, Bluetooth 6 dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 6.

Di Malaysia, HUAWEI Mate X6 dijual pada harga RM8688 (16GB + 512GB) dan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Black, White dan Red. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 20 hingga 30 Januari 2026. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM7597 iaitu HUAWEI Watch 5 (RM1999), HUAWEI MatePad 11.5 (RM1299), rebat tukar beli (RM2000) dan jaminan skrin satu tahun (RM2299).