Nothing dilapor bakal memperkenalkan Headphone (1) versi mampu milik dengan nama Headphone (a) sekitar Mac ini.

Menurut maklumat, Nothing bakal menawarkan Headphone (a) sebagai alternatif yang lebih mampu milik berbanding Headphone (1). Peranti ini akan menggunakan binaan dari plastik bagi mengurangkan kos dan berat.

Selain itu, ia dijangka mengekalkan rekaan ikonik Nothing iaitu lut sinar dan ditawarkan dengan pilihan warna yang menarik seperti merah jambu, kuning, hitam dan putih. Menurut maklumat, peranti ini berkemungkinan tiba sekitar Mac 2026.

Bercakap mengenai harga jualan, ia mungkin dijual sekitar €159 (RM748). Sebagai perbandingan, di Eropah Headphone (1) dijual pada harga sekitar €299 (RM1405), manakala untuk pasaran tempatan ia dijual pada harga RM1099.