Infinix Note Edge menjadi peranti pertama dari Infinix yang ditawarkan di pasaran tempatan untuk tahun 2026. Merupakan peranti kelas pertengahan hadir dengan rekaan yang nipis juga ringan.

Infinix Note Edge hanya setebal 7.2mm dan berat sekitar 185 gram sahaja. Dilengkapi dengan skrin melengkung bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 4500 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass 7i.

Dikuasakan dengan cip Dimensity 7100 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Menggunakan kamera utama 50MP dengan sensor bersaiz 1/2 inci dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan 45W, mampu mengecas dari 1% ke 100% dalam masa 62 minit.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti penarafan IP65, IR Blaster, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan sistem operasi XOS 16 berasaskan Android 16. Infinix menjanjikan kemas kini 3 tahun untuk Android dan 5 tahun untuk keselamatan.

Di Malaysia, Infinix Note Edge dijual pada harga RM999 dan ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Lunar Titanium, Silk Green, Stellar Blue dan Shadow Black. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM109 kerangka pelindung, tempered glass dan tali telefon untuk tempoh terhad.