Close

vivo dijangka perkenal kamera ‘vlogging’ – Pencabar kepada DJI Osmo Pocket

vivo dilaporkan sedang membangunkan kamera khas untuk vlogging yang akan bersaing dengan siri DJI Osmo Pocket.

Kamera ini akan dihasilkan dengan menggunakan pengalaman serta teknologi kamera yang dimiliki oleh vivo. Seperti yang kita tahu, vivo terkenal dengan pelbagai invovasi dalam bidang fotografi dan juga videografi mudah alih.

Kamera ini dikatakan telah dibangunkan pada 2025 dan dijangka akan diperkenalkan sebelum akhir tahun 2026. Tiada maklumat terperinci mengenai kamera ini, namun ia dikatakan hadir dengan rekaan yang kompak dan akan bersaing dengan DJI Osmo Pocket 4.

Ketibaan vivo dalam segmen ini dijangka akan menjadikan ia lebih menarik dan kompetitif. Selain itu, peranti ini berpotensi untuk menjadi alternatif terbaik kepada DJI Osmo Pocket. Walau bagaimanapun, semua itu bergantung kepada harga, prestasi dan juga ciri yang ditawarkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN