Close

Proton e.MAS 5 merupakan EV paling laris untuk Januari 2026

Kenderaan Elektrik (EV) dari Proton iaitu e.MAS 5 menjadi model EV paling laris untuk Januari 2026.

Merujuk kepada data pendaftaran, sebanyak 3068 unit Proton e.MAS 5 telah didaftarkan. Sekaligus, menjadikan ia model EV paling laris untuk Januari 2026. Dengan pencapaian tersebut, Proton e.MAS berjaya menduduki tempat kelima untuk model paling laris untuk bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET iaitu Mr. Zhang Qiang, menyatakan pencapaian tersebut menggambarkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap jenama dalam masa yang sama meningkatkan penerimaan terhadap EV.

Proton e.MAS 5 merupakan EV mampu milik dari Proton, tampil dengan rekaan kompak yang sesuai untuk pemanduan bandar. Tersedia dalam dua pilihan varian iaitu Prime dan Premium. Kedua-dua model hadir dengan spesifikasi yang hampir sama cuma dibezakan dengan kapasiti bateri dan juga beberapa ciri serta kelengkapan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN