Close

Samsung Galaxy A37 5G dan A57 5G tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1899

Samsung Malaysia memperkenalkan dua peranti baru di bawah siri Galaxy A iaitu A37 dan A57. Tampil dengan penawaran yang menarik dan ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik.

Untuk spesifikasi, Galaxy A57 5G hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci yang menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Exynos 1680 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan kamera utama 50MP + 12MP Ultra Lebar + 5MP Makro dan swafoto 12MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.

Manakala untuk Galaxy A37 5G, ia dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Exynos 1480 yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman 256GB.

Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan kamera utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 5MP Makro dan swafoto 12MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.

Kedua-duanya peranti menjalankan sistem operasi OneUI 8.5 yang berasaskan Android 16. Turut hadir dengan pelbagai ciri yang dikuasakan oleh AI seperti Voice Transcription, AI Select, Object Erase, Best Face Auto Trim dan Circle to Search with Google. Samsung menjanjikan kemas kini sehingga 6 tahun untuk Android dan juga keselamatan.

Senarai harga jualan Galaxy A37 5G dan A57 5G di Malaysia :

Samsung Galaxy A37 5G

  • RM1899 (8GB + 256GB)
  • RM1999 (12GB + 256GB)

Samsung Galaxy A57 5G

  • RM2399 (12GB + 256GB)
  • RM2699 (12GB + 512GB)

ARTIKEL BERKAITAN