Close

Kuota BUDI95 diselaraskan sementara kepada 200 liter sebulan – Berkuat kuasa April ini

Kerajaan akan menyelaraskan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan secara sementara, akan berkuat kuasa pada 1 April ini.

Pendekatan ini diambil disebabkan oleh ketidaktentuan pasaran global serta konflik di Asia Barat. Walau bagaimanapun, inisiatif untuk BUDI95 kekal pada harga RM1.99 seliter. Menurut kerajaan, purata penggunaan rakyat Malaysia adalah sekitar 100 liter sebulan, bermaksud hampari 90% rakyat hanya menggunakan kurang dari 200 liter sebulan.

Selain itu, langkah ini adalah untuk memastikan bekalan tersedia diagihkan secara adil dan mencukupi untuk semua. Sehubungan dengan itu, kerajaan meminta rakyat memahami pendekatan ini terpaksa dilakukan demi menjaga kepentingan ramai.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN