Netflix sekali lagi menaikkan harga langganan di Amerika Syarikat, menjadikan ia kenaikkan kali kedua dalam tempoh kurang setahun.

Kenaikkan harga langganan ini terpakai pada semua pelan dan berkuat kuasa serta-merta untuk pelanggan baru. Untuk pelanggan sedia ada, kenaikkan tersebut akan mula dikenakan pada bil akan datang.
Harga langganan baru untuk pelan Standard dengan iklan adalah $8.99 (RM36) sebulan, naik dari $7.99 (RM32) sebulan. Manakala untuk pelan Standard tanpa iklan pula adalah $19.99 (RM80) sebulan, naik dari $17.99 (RM72) sebulan. Pelan paling mahal iaitu Premium kini ditawarkan pada harga $26.99 (RM108) sebulan, naik dari $24.99 (RM100).
Tidak dapat dipastikan, adakah kenaikkan ini akan turut terkesan kepada pengguna di Malaysia atau sebaliknya. Di Malaysia, harga langganan masih kekal bermula RM18.90 mencapai sehingga RM62.90 untuk sebulan.