vivo akhirnya memperkenalkan X300 Ultra secara rasmi, seperti yang dijangka model ini masih mengekalkan identiti siri Ultra sebagai model yang memfokuskan kemampuan fotografi mudah alih, hadir dengan beberapa penambahbaikan yang ketara pada kamera.

vivo X300 Ultra hadir dengan skrin Ultra XDR AMOLED bersaiz 6.82-inci dengan paparan 144Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan kamera yang sama dengan sensor utama 200MP Sony Lytia 901 + 50MP Ultra Lebar + 200MP Telefoto Periskop Samsung ISOCELL HP0 dengan penstabilan gimbal dan swafoto 50MP. Kemampuan sistem kamera ini dibantu Zeiss dan menyokong kit fotografi dengan dua lensa tambahan.

Dimuatkan dengan bateri 6600mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 40W tanpa wayar. Spesifikasi lain, peranti ini hadir dengan penarafan IP69K, pembesar suara jenis stereo, sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16 dan menyokong pengimbas cap jari ultrasonik.

Di China, vivo X300 Ultra dijual pada harga bermula CNY6999 (RM4070) dan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Green, Silver dan Black. vivo turut mengesahkan, model ini akan turut tiba ke pasaran global tidak lama lagi.