Close

OPPO Find X9s Pro dan Find X9 Ultra akan tiba pada 21 April ini

OPPO mengesahkan dua peranti baru iaitu Find X9s Pro dan Find X9 Ultra akan diperkenalkan pada 21 April ini di China.

Menariknya, untuk model Find X9 Ultra ia akan turut tiba ke pasaran global terpilih. Sementara, untuk Find X9s Pro akan kekal ekslusif untuk pasaran China sahaja. Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh OPPO buat masa ini.

Walau bagaimanapun, beberapa maklumat mengenai peranti ini telahpun didedahkan seperti hadir dengan sensor 50MP Samsung JNL Fusion yang menyokong zum sehingga 10x. Selain itu, rekaan modul kamera belakang serba baru dn butang kamera khas bakal menjadi tarikan pada model Ultra kali ini.

Untuk spesifikasi, Find X9 Ultra berkemungkinan hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, kamere periskop 200MP, bateri 7050mAh dan menyokong pengecasan 100W. Untuk Find X9s Pro, ia dijangka hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.32-inci, dua kamera belakang, cip Dimensity 9500 dan bateri 7000mAh.

ARTIKEL BERKAITAN