Selepas tiga tahun tidak diperkenalkan ke pasaran tempatan, HUAWEI Mate membuat kemunculan kembali melalui model Mate 80 Pro. Peranti hadir penawaran yang lebih menarik dalam masa yang sama menawarkan kemampuan kamera yang lebih baik.
Menarik
Rekaan

HUAWEI membawa pendekatan rekaan yang lebih berani dengan membawakan konsep ‘Iconic Dual Space Rings’ pada Mate 80Pro. Rekaan ini menjadikan peranti ini lebih menyerlah dan lebih mudah untuk dikenali biarpun dipandang dari pelbagai sudut.

Reka bentuk ini bukan hanya sekadar kosmetik, tetapi juga memberikan karakter tersendiri kepada peranti andalan ini. HUAWEI turut menggunakan kemasan vegan fibre, yang bukan sahaja nampak premium tetapi juga memberikan tekstur berbeza berbanding panel jenis kaca biasa.

Peranti ini turut menyokong penarafan IP68 dan IP69 sekaligus menjadikan ia lebih tahan lasak serta mampu menahan tekanan air tinggi. Secara keseluruhan, rekaan Dual Space Rings ini menjadikan Mate 80 Pro adalah satu “statement design” yang membezakan ia daripada pesaing lain di pasaran.
Skrin

HUAWEI Mate 80 Pro hadir dengan skrin OLED X-True bersaiz 6.75 inci dengan resolusi 1280 x 2832 yang menyokong paparan 120Hz. Selain itu, peranti ini menyokong kecerahan puncak sehingga 3000 nits menjadikan skrin kekal jelas untuk penggunaan luar.

Peranti ini menggunakan rekaan skrin jenis rata, memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Tidak dinafikan, rekaan skrin melengkung menjadikan peranti nampak lebih mewah namun dari segi ergonomik skrin jenis rata adalah lebih baik. Selain itu, skrin jenis rata lebih mudah dan selesa untuk digunakan berbanding skrin jenis melengkung.

HUAWEI Mate 80 Pro turut dilengkapi dengan teknologi Kunlun Glass generasi kedua menjanjikan ketahanan dan perlindungan yang lebih baik dari hentakan.Dari segi keselamatan, peranti ini dilengkapi dengan 3D ToF Face Unlock, tawarkan tahap keselamatan tinggi.
Kamera

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP apertur boleh ubah F/1.4–F/4.0 + 40MP Ultra Lebar + 48MP Telefoto dan swafoto 13MP. Kemampuan kamera ini dibantu dengan sistem pengimejan XMAGE yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI.

Menurut HUAWEI, sistem kamera ini menyokong True-to-Colour Camera System, yang memberi fokus kepada penghasilan warna yang lebih tepat dan konsisten dalam pelbagai situasi. Keupayaan ini disokong oleh ISP generasi ke-9 yang meningkatkan kualiti pada hasil gambar dan video.


Selain itu, ia turut hadir dengan pelbagai ciri yang dikuasakan oleh AI seperti AI Remover, AI Composition dan AI Best Expression. Dari segi rakaman video, ia menyokong resolusi rakaman 4K dengan 60fps.
Kurang menarik
Tiada sokongan GMS

HUAWEI Mate 80 Pro tidak menyokong Google Mobile Services (GMS) sebaliknya menggunakan HUAWEI Mobile Services (HMS). Dengan ketiadaan sokongan GMS aplikasi seperti Google Play Store tidak tersedia secara rasmi. Walaupun begitu, pengguna masih boleh mengakses aplikasi melalui versi web atau menggunakan alternatif lain untuk memasang aplikasi.

HUAWEI menggunakan platform AppGallery sebagai stor aplikasi direka untuk menghubungkan pembangun dengan pengguna secara efektif. Stor ini menyokong lebih dari 220,000 aplikasi dan mempunyai pengguna aktif lebih dari 580 juta di seluruh dunia.
Prestasi

Walaupun HUAWEI tidak menyatakan secara rasmi cip yang digunakan pada Mate 80 Pro. Menurut maklumat, cip pemproses yang digunakan pada Mate 80 Pro adalah Kirin 9030 dengan teknologi binaan 6nm sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan peranti andalan lain.

Namun begitu, HUAWEI menyatakan Mate 80 Pro menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 20% berbanding Mate 70 Pro. Selain itu, peranti ini masih dianggap pantas dan lancar untuk pelbagai penggunaan. Untuk konfigurasi memori, ia menggunakan 16GB RAM dan storan 1TB, memberikan fleksibiliti kepada pengguna mengikut keperluan masing-masing.
Tiada sokongan 5G

Selain tidak menyokong GMS, HUAWEI Mate 80 Pro juga tidak menyokong rangkaian 5G di Malaysia. Kekurangan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengalaman penggunaan lebih-lebih lagi semasa mengakses internet.

Walau bagaimapun, rangkaian 4G yang ada pada peranti bolehkan dikatakan cukup baik dan stabil tiada sebarang masalah untuk mengakses internet. Walaupun tidak selaju 5G namun ia mencukupi dan memadai untuk penggunaan harian.

Untuk pasaran Malaysia, HUAWEI Mate 80 Pro dijual pada harga RM3999 untuk 16GB + 512GB. Ditawarkan dengn tiga pilihan warna iaitu Black, Gold dan juga Green.