Close

Kerajaan bakal perkenal sistem penjejak masa nyata untuk pengecas EV

Kerajaan bakal memperkenalkan sistem penjejak masa nyata untuk pengecas EV, sistem atau platform ini akan dikenali sebagai e-Mobility Service Platform (eMSP).

eMSP dikatakan sedang dibangunkan oleh Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), menjadi pusat utama menyelaras maklumat berkaitan rangkaian pengecas EV di seluruh negara. Platform ini akan mempertingkatkan sistem pemantauan infrastruktur pengecasan dalam memberikan data yang lebih tepat dan terkini kepada pengguna.

Selepas platform ini siap sepenuhnya, eMSP akan diintergrasikan dengan papan pemuka Malaysia Electric Vehicle Charging Network (MEVnet) melalui API. Melalui intergrasi ini, ia membolehkan data seperti status dan kertersediaan pengecas EV dikemas kini secara masa nyata.

Di bawah pelan tindakan Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB) 2021-2030, kerajaan menyasarkan untuk menyediakan 10,000 pengecas EV awam menjelang akhir tahun 2025. Namun begitu, menurut data hanya 5360 pengecas EV yang tersedia buat masa ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN