DJI secara rasmi memperkenalkan Osmo Pocket 4 pengganti kepada model semasa. Merupakan kamera gimbal bersaiz ‘pocket’ dengan peningkatan pada kemampuan kamera yang lebih baik pada situasi kurang cahaya.

Osmo Pocket 4 hadir dengan sensor CMOS 1-inci yang menyokong rakaman video sehingga 4K 240fps, 14 stops dynamic range dan format rakaman 10-bit D-Log untuk fleksibiliti semasa menyunting. Turut menawarkan kemampuan 2x lossless zoom untuk video 4K dan 4x zoom pada video 1080p.

Untuk fotografi, ia menggunakan sensor 37MP dengan resolusi maksimum 7680 x 4320 piksel. DJI turut mempertingkatkan ciri penstabilan dengan sistem 3-axis stabilization yang dipadankan dengan ActiveTrack 7.0. Ciri lain seperti Spotlight Follow dan Dynamic Framing juga ditambah baik, dengan keupayaan mengenal pasti manusia, haiwan, kenderaan, serta wajah tertentu. Terdapat juga sokongan gerak isyarat untuk aktifkan penjejakan dan untuk ambil gambar atau mula dan berhenti merakam.

Osmo Pocket 4 kini hadir dengan dua butang baru iaitu butang zum dan juga butang preset. Selain itu, Joystick 5D generasi kini menawarkan kawalan yang lebih tepat dan lebih baik berbanding sebelumnya. Peranti ini dilengkapi dengan skrin sentuh OLED bersaiz 2.0-inci yang menyokong kecerahan puncak sehingga 1000 nits.

Osmo Pocket 4 dimuatkan dengan storan dalaman 107GB dengan kelajuan pemindahan data sehingga 800MB/s. Untuk ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 240 minit untuk rakaman 1080p 24fps. Peranti ini menyokong pengecasan 65W yang mampu mengecas 0% hingga 80% dalam masa sekitar 18 minit.
Untuk pasaran Malaysia, DJI Osmo Pocket 4 dijual pada harga RM1999 untuk Standard Combo dan RM2599 untuk Creator Combo.