Close

Samsung tamatkan jualan Galaxy Z TriFold

Samsung mengumumkan model edisi terhad iaitu Galaxy Z TriFold secara rasmi telah habis dijual sepenuhnya, sekali gus menandakan ia adalah penamat rasmi kepada model tersebut.

Samsung melalui laman rasmi mendedahkan, Galaxy Z TriFold telahpun habis dijual di pasaran global termasuk Amerika Syarikat. Model edisi terhad ini hanya ditawarkan dalam jumlah atau kuantiti yang sangat terhad dan tersedia di beberapa pasaran sahaja.

Galaxy Z TriFold boleh dikatakan sebagai eksperimen berani dari Samsung, berikutan pasaran untuk segmen tersebut masih lagi baru. Peranti ini mula ditawarkan di Korea Selatan dengan jumlah sekitar 2000 hingga 3000 unit, manakala untuk pasaran global hanya tersedia sekitar 20,000 unit sahaja.

Galaxy Z TriFold menggunakan mekanisme dwi-engsel dari titanium sekali gus, membolehkan skrin utama dilipat ke dalam pada kedua-dua sisi. Peranti ini hanya setebal 3.9 mm apabila dibuka sepenuhnya dengan berat 309 gram sahaja.

Secara keseluruhan, Galaxy Z TriFold mungkin tidak berjaya secara komersial, tetapi ia tetap menjadi simbol eksperimen dan inovasi dalam evolusi telefon pintar. Kejayaan ini mungkin akan membuka jalan kepada teknologi yang lebih matang pada masa hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN