HONOR Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru ke pasaran tempatan dan dua peranti tersebut adalah HONOR 600 dan 600 Pro. Menariknya, siri N kini bukan lagi diposisikan sebagai peranti kelas pertengahan sebaliknya adalah peranti kelas andalan.

HONOR 600 Pro hadir dengan skrin rata AMOLED bersaiz 6.57-inci dengan resolusi 2728×1264. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 8000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 12MP Ultra Lebar + 50MP OIS Telefoto dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menggunakan teknologi silikon karbon menyokong pengecasan 100W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Untuk HONOR 600 pula, turut hadir dengan skrin rata AMOLED bersaiz 6.57-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 8000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 200MP+ 12MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Turut dimuatkan dengan 7000mAh menggunakan teknologi silikon karbon dan menyokong pengecasan pantas 100W.


Siri HONOR 600 kini menyokong penarafan penstabilan imej profesional CIPA 6.5 dan dilengkapi dengan sistem pengimejan baru iaitu AI Color Engine. Selain itu, ia kini hadir dengan pelbagai ciri AI yang dipertingkat seperti AI Image to Video 2.0, AI Photo Agent, AI Magic Color, AI Outpainting dan banyak lagi

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti NFC,IR Blaster, penarafan IP68, IP69 dan IP69K, pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi MagicOS 10 yang berasaskan Android 16.


Di Malaysia, HONOR 600 dijual pada harga bermula RM2599 (12GB + 512GB). Manakala untuk model Pro ia dijual pada harga RM3099 (12GB + 256GB) dan RM3299 (12GB + 512GB). Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 22 hingga pada 29 April 2026.