Pengguna YouTube percuma kini boleh menggunakan ciri picture-in-picture (PiP) yang membolehkan video terus dimainkan melalui tetingkap kecil biarpun pengguna keluar dari aplikasi.
Sebelum ini, ciri ini hanya ditawarkan untuk pengguna percuma di Amerika Syarikat dan juga pengguna premium sahaja. Terkini, ciri tersebut telah diperluaskan sekaligus membolehkan ia digunakan tanpa perlu melanggan.

Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara versi percuma dan berbayar. Untuk versi percuma, ciri PiP hanya boleh digunakan untuk kandungan panjang bukan muzik. Manakala versi berbayar atau premium boleh digunakan pada pelbagai kandungan termasuk muzik.
Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu swipe ke atas atau tekan butang utama semasa video dimainkan. Video akan terus dimainkan pada tetingkap kecil dan pengguna boleh mengalihkan ke mana-mana pada skrin.
Kemas kini ini telahpun dilepaskan kepada pengguna, sekiranya ciri ini tidak boleh digunakan pastikan aplikasi dan tetapan telah dikemas kini.