Close

HUAWEI mungkin perkenal fon dengan bateri lebih 10,000mAh

HUAWEI dilaporkan sedang membangunkan fon dengan kapasiti bateri melebihi 10,000mAh, sekali gus berpotensi menjadi antara fon dengan bateri terbesar dalam industri.

Melalui laporan yang dikongsi, HUAWEI dikatakan telahpun membangunkan bateri ‘10,000mAh+++’ dengan sistem bateri baru. Walaupun tidak mendedahkan kapasiti sebenar, namun simbol ‘+’ menggambarkan kapasiti bateri mungkin lebih besar daripada 10,000mAh.

HUAWEI dikatakan menggunakan bahan binaan baru bagi meningkatkan ketumpatan tenaga tanpa menjadikan saiz bateri tebal dan juga berat. Buat masa ini, peranti HUAWEI dengan bateri paling besar adalah Nova 15 Max dan Enjoy 90 Pro dengan bateri 8500mAh.

Trend bateri gergasi dilihat semakin popular dengan pelbagai pengeluar dari China telahpun memperkenalkan fon dengan bateri mencapai sekitar 10,000mAh menggunakan teknologi silikon-karbon.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN