Samsung dijangka akan memperkenalkan fon lipat generasi seterusnya pada 22 Julai ini, dan menjelang pelancarannya beberapa laporan awal mengenai peranti tersebut telahpun tertiris.

Samsung berkemungkinan akan memperkenalkan Galaxy Z Fold8 serta model baru yang dikenali sebagai Galaxy Z Fold Wide. Menurut laporan, Galaxy Z Fold8 akan hadir dengan rekaan yang lebih nipis iaitu sekitar 4.1mm apabila dibuka sepenuhnya dan berat sekitar 210 gram.
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan dilengkapi dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 45W. Kekal menggunakan kamera utama 200MP, namun kamera ultra lebar akan menggunakan sensor 50MP.

Untuk model baru iaitu Galaxy Z Fold Wide, peranti ini dijangka hadir dengan skrin dalaman 7.6-inci dengan nisbah 4:3 untuk memberi pengalaman yang skrin yang lebih baik dan produktif. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP dan berat peranti ini sekitar 200 gram.
Peranti ini juga dikatakan hadir dengan bateri 4800mAh yang menyokong pengecasan 45W. Setakat ini, Samsung masih belum mengesahkan sebarang maklumat rasmi mengenai kedua-dua peranti tersebut.
Namun jika laporan ini tepat, siri Galaxy Z Fold generasi baru bakal membawa perubahan ketara dari segi rekaan, prestasi dan pengalaman penggunaan.