Close

Google tamatkan Pixel Studio – Saran pengguna beralih kepada Gemini

Pixel Studio iaitu aplikasi penjana imej AI dari Google dilaporkan telah ditamatkan selepas fungsi utama aplikasi tersebut dibuang atau dinyahaktifkan.

Buat yang tidak mengetahui, aplikasi Pixel Studio diperkenalkan bersama dengan siri Pixel 9 membolehkan pengguna menjana imej dan animasi menggunakan AI dengan arahan teks. Namun begitu, melalui kemas kini terbaru Pixel Studio v2.3, fungsi utama iaitu keupayaan menjana imej telah dikeluarkan oleh Google.

Sebagai alternatif, Google menyarankan pengguna beralih kepada Gemini dalam masa yang sama mengalakkan pengguna mencuba ciri Nano Banana untuk menjana imej dan animasi.

Perubahan ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Google untuk menyatukan pelbagai fungsi AI di bawah platform Gemini berbanding mengekalkan aplikasi berasingan untuk tugas tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN