Close

Perodua turunkan harga QV-E, kini bermula RM70K dengan pelan sewa bateri

Perodua mengumumkan penurunan harga jualan bagi kenderaan elektrik pertama mereka iaitu QV-E. Penurunan harga ini adalah susulan peningkatan komponen tempatan yang membantu mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan kecekapan operasi.

Sebelum ini, Perodua QV-E dijual ada harga RM80K dengan konsep Battery as a Service (BaaS), sewaan bateri yang dikenakan adalah RM275 sebulan untuk tempoh 9 tahun. Kini, model tersebut ditawarkan pada harga baru iaitu RM69,999 dengan pelan BaaS atau RM93,999 untuk pembelian terus termasuk bateri.

Perodua turut memperkenalkan rebat khas RM6500 untuk tempoh terhad sehingga 30 September 2026. Dengan rebat tersebut, harga QV-E kini bermula daripada RM63,499 bagi pakej BaaS dan RM87,499 untuk pembelian terus bersama bateri.

Selain itu, harga sewaan untuk bateri turut diturutkan kepada RM215 sebulan termasuk cukai untuk tempoh 9 tahun. Sebelum ini, harga sewaan untuk bateri adalah RM275 sebulan untuk pelan yang sama.

Lebih menarik, harga sewaan bateri RM215 sebulan ini turut tersedia untuk pelanggan sedia ada QV-E yang akan bermula pada kitaran pembayaran seterusnya. Akhir sekali, pelanggan sedia ada akan turut menerima bayaran balik khas yang akan dibuat oleh penasihat jualan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN