Close

HUAWEI perkenal HarmonyOS 7 – Antaramuka mirip Liquid Glass dan prestasi lebih pantas

HUAWEI memperkenalkan sistem operasi baru iaitu HarmonyOS 7 hadir dengan beberapa perubahan yang merangkumi antaramuka dan integrasi AI yang lebih meluas.

HarmonyOS 7 hadir dengan rekaan antaramuka yang lebih baik dengan elemen yang diinspirasikan dari kaca atau “glass-like effects”. Rekaan tersebut dilihat mirip seperti Liquid Glass dengan elemen tersebut boleh dilihat pada butang, skrin kunci, widget dan sebagainya. Secara keseluruhan, antaramuka ini nampak lebih moden dan lebih dinamik.

Keupayaan AI turut dipertingkat dan lebih memahami lebih banyak arahan dalam aplikasi serta mampu melaksanakan tugasan dengan lebih cekap berbanding generasi sebelumnya. HarmonyOS Intelligent Agent Framework 2.0 turut dimuatkan meningkatkan keupayaan pembantu maya dalam menyelesaikan pelbagai tugasan harian. Bukan itu sahaja, HarmonyOS 7 akan turut menawarkan pelbagai ciri penyunting berasaskan AI baru.

Dari segi prestasi, HUAWEI menyatakan sistem operasi ini menjanjikan peningkatan sehingga 15% berbanding HarmonyOS 6.1. Namun begitu, HUAWEI tidak mendedahkan secara terperinci mengenai peningkatan tersebut.

HarmonyOS 7 akan tersedia untuk pelbagai peranti peranti termasuk telefon pintar, tablet, komputer, peranti boleh pakai serta pelbagai produk IoT. Versi beta untuk pembangun telahpun tersedia, manakala pelancaran rasmi untuk pengguna dijangka tiba pada musim luruh tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN