Xiaomi secara rasmi memperkenalkan Redmi K90 Ultra di China, hadir dengan spesifikasi berkuasa dan memfokuskan kepada permainan dengan sistem penyejukan aktif terbina.

Redmi K90 Ultra hadir dengan skrin AMOLED jenis rata bersaiz 6.83-inci dengan resolusi 1280 × 2772. Turut menyokong paparan 165Hz, kecerahan puncak sehingga 3500 nits serta teknologi Full Array DC Dimming. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Perkara menarik mengenai peranti adalah ia dilengkapi dengan sistem penyejukan aktif yang mampu mengurangkan suhu peranti sehingga 10°C. Turut dimuatkan dengan cip D2 khusus untuk memberikan pengalaman permainan yang lebih lancar.
Dari segi fotografi, peranti ini dilengkapi sistem dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP dengan OIS + 8MP Ultra Lebar dan sensor swafoto 20MP. Dimuatkan dengan bateri sebesar 8550mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 22.5 pengecasan wayar berbalik.
Untuk spesifikasi lain, peranti ini hadir dengan sistem audio dari Bose, penarafan IP66,IP68 dan IP69 serta menjalankan HyperOS 3 berasaskan Android 16.
Di China, Redmi K90 Ultra dijual pada harga bermula sekitar CNY2999 (RM1762) dan mencapai sehingga CNY3699 (RM2180). Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Space Silver, Shadow Black dan Sky Blue.