Close

Apple tingkatkan sasaran pengeluaran iPhone Ultra kepada 10 juta unit

Apple dilaporkan meningkatkan sasaran pengeluar fon lipat pertama mereka kepada 10 juta unit menjelang pelancarannya pada tahun ini.

Menurut maklumat, Apple dikatakan mengarahkan pembekalnya untuk menghasilkan sekitar 10 juta unit iPhone Ultra sepanjang tahun 2026. Sebelum ini, beberapa laporan menyatakan Apple hanya menyasarkan pengeluaran sekitar 7 hingga 8 juta unit untuk iPhone Ultra.

Selain iPhone Ultra, Apple turut dilaporkan mengarahkan pembekalnya menghasilkan sekitar 70 juta unit bagi iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max. Secara keseluruhan, sasaran pengeluaran bagi siri iPhone baru pada tahun 2026 dikatakan mencecah sekitar 220 juta unit.

Lebih menarik, Apple juga dilapor meminta beberapa pembekal bersedia menerima tempahan tambahan sehingga 85 juta unit pada separuh kedua tahun 2026 sekiranya permintaan melebihi jangkaan.

Langkah ini dikatakan untuk memastikan rantaian bekalan kekal stabil dan pengeluaran berjalan lancar menjelang pelancaran.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN