Close

Ahmad’s HotChicken lantik “AI” sebagai CEO

Ahmad’s Fried Chicken kini tampil dengan identiti sebagai Ahmad’s HotChicken, namum begitu pengumuman paling menarik adalah pelantikan “AI” sebagai CEO bagi membantu mengurus syarikat.

Melalui perkongsian rasmi di media sosial, syarikat tersebut menyatakan CEO AI akan digunakan untuk membantu pengurusan operasi, pemasaran serta analisis keputusan strategik dengan lebih pantas. Tidak dapat dipastikan adakah AI akan bertindak sebagai CEO sepenuhnya atau sebaliknya.

Seiring dengan penjenamaan ini, Ahmad’s HotChicken turut mengumumkan resipi ayam yang diperbaharui dan juga sistem 5 level of heat. Buat yang tidak mengetahui, Ahmad’s HotChicken kini mempunyai sekitar 40 cawangan di seluruh Malaysia.

Penggunaan AI dalam dunia perniagaan bukan lagi perkara baru, namun adakah langkah ini akan memberi impak yang berkesan atau sebaliknya, sama-sama kita nanti.

ARTIKEL BERKAITAN