Close

NVIDIA perkenal GeForce Trading Cards Series 1 – Tersedia secara percuma dengan 14 rekaan

NVIDIA memperkenalkan GeForce Trading Cards Series 1, koleksi kad dagangan yang diinspirasikan daripada sejarah siri kad grafik GeForce.

Pengenalan ini merupakan sebahagian usaha syarikat dalam meraikan komuniti PC. Kad koleksi ini hadir dengan 14 rekaan dari pelbagai model GPU GeForce yang pernah mencipta sejarah dan sensasi dalam dunia permainan PC. Antara model yang diketengahkan termasuk NV1, GeForce 256, GeForce 3, GeForce 7800 GTX, GeForce GTX 10 Series, serta GeForce RTX 2080 Ti Cyberpunk 2077 Edition.

Koleksi kad ini diberikan secara percuma, bermaksud pengguna tidak boleh membeli secara terus. Koleksi kad ini boleh didapatkan menerusi kempen Summer of RTX yang dibuat melalui platform media sosial rasmi. Selain itu, peminat juga berpeluang mendapatkannya di beberapa acara permainan video terpilih seperti Bilibili World, QuakeCon, dan gamescom.

Buat masa ini, NVIDIA tidak mendedahkan jumlah kad yang terdapat dalam siri ini atau mungkin ia akan menjadi koleksi edisi terhad. Walau bagaimanapun. penggunaan nama ‘GeForce Trading Cards Series 1‘, memberikan gambaran mungkin lebih banyak siri koleksi kad akan diperkenalkan pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN