Close

POCO M8 Power diumumkan – Skrin AMOLED 120Hz dengan bateri 8000mAh

POCO secara rasmi memperkenalkan POCO M8 Power, merupakan model keempat dalam siri M8 yang memfokuskan kepada ketahanan bateri dan penggunaan harian.

Tarikan utama pada peranti ini adalah pada kapasiti bateri iaitu 8000mAh, yang merupakan antara kapasiti terbesar dalam kelasnya. Menurut POCO, peranti ini mampu bertahan sehingga 28 jam menonton video, 14 jam permainan, 31 jam penggunaan media sosial, 11 jam navigasi, atau sehingga 38 hari dalam mod siap sedia.

Untuk pengecasan, POCO M8 Power menyokong pengecasan pantas berwayar 45W serta 22.5 pengecasan berwayar berbalik 22.5W. Peranti ini dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.9-inci dengan paparan 120Hz dan dilindungi dengan Corning Gorillah Glass 7i.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 4 Gen 4, dipadankan dengan RAM sehingga 8GB LPDDR4X dan storan dalaman 128GB UFS 2.2 yang turut menyokong slot kad microSD. Untuk fotografi, ia hadir dengan kamera utama 50MP Light Fusion 400 dengan kamera tambahan dan 8MP swafoto.

Spesifikasi lain yang turut dimuatkan seperti penarafan IP65, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan HyperOS 3 berasaskan Android 16.

POCO M8 Power hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Blaze Orange, Black dan Green. Di India, POCO M8 Power dijual pada harga sekitar INR24,999 (RM1074) untuk 6GB + 128GB dan INR27,999 (RM1203) 8GB + 128GB.

ARTIKEL BERKAITAN