Samsung dijangka akan memperkenalkan model baru di bawah siri Fan Edition iaitu Galaxy S26 FE. Biarpun tiada sebarang tarikh yang diumumkan, namun spesifikasi peranti ini telahpun tertiris.

Merujuk kepada laporan yang tertiris, Samsung Galaxy S26 FE akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 1900 nits. Peranti ini dikatakan hanya setebal 7.4mm dengan berat sekitar 193 gram serta turut menyokong penarafan IP68.
Untuk spesifikasi dalaman, peranti ini dijangka akan dikuasakan dengan cip Exynos 2500 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4900mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W. Menariknya, peranti dikatakan akan menggunakan teknologi bateri silicon-carbon, jenis bateri yang sama digunakan pada Galaxy Z Fold8.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP. Selain itu, Galaxy S26 FE akan dilengkapi dengan WiFi 6, NFC, Bluetooth 5.4, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan sistem operasi Android 17 berasaskan One UI 9.
Samsung dijangka akan memperkenalkan Galaxy S26 FE secara rasmi pada bulan hadapan, berkemungkinan pada September 2026.