Pengasas Amazon iaitu Jeff Bezos dilaporkan merancang untuk membeli saham kelab gergasi Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool FC.
Menurut maklumat, Jeff Bezos bersama beberapa pelabur lain termasuk pengasas bersama Facebook iaitu Eduardo Saverin, merancang untuk membeli sekurang-kurangnya 30% pegangan saham dalam Liverpool FC dengan nilai sekitar £1.35 bilion.

Sekiranya urus niaga ini berjaya dimuktamadkan, ia bakal menjadi pelaburan pertama Bezos dalam sukan. Sebelum ini, Bezos dilaporkan pernah berminat untuk membeli pegangan dalam pasukan American football di AS. Mengikut Forbes, Liverpool merupakan antara pasukan atau jenama paling bernilai di Eropah dengan penilaian keseluruhan mencecah $6 bilion.
Menurut Sky Sports, 13 daripada 20 kelab Liga Perdana Inggeris kini mempunyai pemegang saham dari Amerika Syarikat. Pembelian pegangan Liverpool bukan sahaja membuka akses kepada ikon sukan global, dalam masa yang sama akan mengukuhkan lagi profil beliau.