YouTube mengumumkan perubahan besar untuk pencipta kandungan menjana pendapatan melalui YouTube Partner Program (YPP).

Perubahan ini akan berkuat kuasa bermula pada 1 Februari 2027. Melalui perubahan ini, pencipta kandungan perlu mempunyai 8000 jam tontonan dalam tempoh setahun, atau mencatatkan 20 juta tontonan Shorts dalam tempoh 90 hari.

Sebagai perbandingan, syarat sebelum ini adalah 4000 jam tontonan, atau 10 juta tontonan Shorts dalam tempoh 90 hari. Selain itu, pencipta kandungan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1000 pelanggan.
Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak terkesan kepada pencipta kandungan sedia ada sebaliknya hanya untuk pencipta kandungan baru. Selain itu, YouTube turut mengumumkan pencipta kandungan sedia ada perlu mengekalkan sekurang-kurangnya 10 juta tontonan Shorts bagi tempoh 90 hari untuk terus menerima agihan pendapat daripada Shorts Creators Pool.
Selain YouTube, beberapa platform seperti X, Facebook dan TikTok turut melakukan perkara yang sama dengan merombak atau menetapkan syarat baru untuk pencipta kandungan.
(Sumber)