Insta360 secara rasmi memperkenalkan kamera kompak baru iaitu Insta360 X6. Merupakan pengganti kepada model semasa iaitu Insta360 X5 dan tampil dengan beberapa peningkatan yang lebih baik.

Insta360 X6 hadir dengan rekaan yang lebih kecil serta sokongan sensor yang lebih besar yang mampu memberikan hasil gambar yang lebih baik. Kamera kompak ini dimuatkan dengan dua sensor dari Sony bersaiz 1/1.1″ iaitu 33% lebih besar berbanding generasi sebelumnya.

Dari segi rakaman, ia mampu merakam video 360° pada resolusi 8K 50fps. Dalam mod single-lens ia mampu merakam sehingga 5K 60fps atau 4K 120fps untuk rakaman gerak perlahan. Turut menyokong rakaman 10-bit, Dolby Vision dan I-Log, memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada pengguna yang mahu melakukan proses colour grading.
Insta360 turut membawakan ciri baru yang dipanggil sebagai Insta360 PanoMind, dijana oleh kecerdasan buatan (AI) yang direka khusus untuk memahami kandungan video 360°. AI ini telah dilatih dengan menggunakan lebih daripada 10,000 jam rakaman, merangkumi pelbagai situasi seperti perjalanan, berbasikal, menunggang motosikal dan aktiviti menyelam.

Insta360 X6 dimuatkan dengan bateri kapasiti 2600mAh yang mampu menawarkan sehingga 140 minit rakaman 8K 30fps 360°. Ia turut menyokong pengecasan pantas, dengan bateri boleh dicas daripada 0% hingga 80% dalam masa kira-kira 24 minit.
Dari segi ketahanan, peranti ini menyokong penarafan IP68 yang boleh digunakan sehingga kedalaman 20 meter tanpa casing, manakala dengan Invisible Dive Case Pro, ia boleh digunakan sehingga kedalaman 60 meter. Untuk spesifikasi lain, Insta360 X6 turut hadir dengan skrin OLED bersaiz 2.32-inci OLED, NFC, Bluetooth 5.3, Wi-Fi 6, USB 3.0 dan storan terbina 64GB.

Di Malaysia, Insta360 X6 ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih dengan harga bermula RM2899 untuk unit dengan kamera sahaja, manakala untuk Essentials Bundle ia djual pada harga RM3199
Sementara itu, Essentials Bundle dijual pada harga RM3199.