Close

DJI Osmo 360 II diperkenalkan – Kanta boleh tukar dengan video 8K 60fps

DJI secara rasmi memperkenalkan kamera aksi 360° baru mereka iaitu DJI Osmo 360 II di China. Masih mengekalkan rekaan yang kompak sama namun, dengan beberapa peningkatan dari segi kamera, rakaman video dan ciri kecerdasan buatan (AI).

DJI Osmo 360 II dilengkapi dua sensor CMOS berbentuk segi empat sama berukuran 1/1.1-inci. Menurut DJI, sensor ini mampu menawarkan julat dinamik sehingga 14.5 stop, meningkat daripada 13.5 stop pada generasi sebelumnya. Untuk rakaman, peranti ini mampu merakam video panorama 8K pada 60fps.

Bagi rakaman gerak perlahan, Osmo 360 II ini mampu merakam video pada resolusi 4K pada 240fps dan boleh menghasilkan foto 120MP dalam format HDR. Ia turut dilengkapi teknologi AI SuperNight 2.0yang direka untuk meningkatkan kualiti rakaman dalam keadaan cahaya rendah dan AI subject tracking membolehkan kamera mengenal pasti dan mengekalkan subjek utama di tengah bingkai walaupun kamera berpusing atau menukar arah.

DJI Osmo 360 II hadir dengan sokongan kanta boleh tukar yang membolehkan pengguna menggantikan kanta sendiri sekiranya mengalami kerosakan atau calar. Dimuatkan dengan bateri sebesar 2150mAh yang mampu merakam sehingga 100 minit video pada resolusi 8K 30fps dan menyokong storan dalaman 105GB.

Ciri lain yang turut dimuatkan seperti sistem bidirectional magnetic mount memudahkan pemasangan aksesori serta sokongan NFC Quick Connect untuk mempercepatkan proses sambungan. Selain itu, DJI Osmo 360 II boleh digunakan pada kedalaman 10 meter tanpa kerangaka pelindung dan sehingga 50 meter dengan kerangka pelindung.

Di China, DJI Osmo 360 II ditawarkan pada harga sekitar CNY3299 (RM1999), peranti ini dijangka akan tiba ke pasaran tempatan selepas dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia pada bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN