Close

Skor AnTuTu cip Snapdragon 8 Elite Gen 6 Pro tertiris

Qualcomm dijangka bakal memperkenalkan cip andalan generasi seterusnya yang mungkin akan dikenali sebagai Snapdragon 8 Elite Gen 6 Pro.

Cip andalan ini dijangka diumumkan pada acara Snapdragon Summit yang akan berlangsung pada bulan depan. Menariknya, skor untuk cip tersebut telah dikesan pada aplikasi penanda aras Antutu 11. Cip yang dikatakan sebagai Snapdragon 8 Elite Gen 6 Pro itu menggunakan nombor model dalaman SM8975 mendapat skor keseluruhan sekitar 4.83 juta mata dalam AnTuTu 11.

Skor tersebut menunjukkan cip ini menawarkan peningkatan prestasi sekitar 5% berbanding generasi sebelumnya. Sebagai perbandingan, Snapdragon 8 Elite Gen 5 mendapat skor antara 4 juta hingga 4.6 juta mata.

Selain peningkatan prestasi, Snapdragon 8 Elite Gen 6 Pro berkemungkain akan menggunakan teknologi binaan 2nm.

Qualcomm dijangka akan memperkenalkan dua pilihan cip iaitu model Pro dan model bukan Pro. Kedua-duanya dikatakan menggunakan teknologi binaan 2nm, namun buat masa ini masih belum diketahui sama ada cip tersebut akan dihasilkan oleh TSMC atau Samsung.

Kedua-dua cip ini akan menggunakan konfigurasi 2+3+3 dan dibina dengan generasi Oryon CPU Cores baru. Terdapat perbezaan pada prestasi grafik. model bukan Pro akan menggunakan Adreno 845 dengan memori grafik 12MB. Sementara itu, model Pro akan menggunakan GPU yang lebih berkuasa, iaitu Adreno 850, dengan memori grafik 18MB.

ARTIKEL BERKAITAN