Close

Proton bakal perkenal stesen pengecasan EV dengan nama e.MAS

PROTON New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) iaitu syarikat di sebalik jenama Proton e.MAS, bakal memperkenalkan stesen pengecasan khas dengan nama e.MAS di seluruh negara.

Untuk menuju ke arah tersebut, PRO-NET telah mengumumkan kerjasama strategik dengan DC Handal, JomCharge, dan chargEV. Stesen pengecesan dengan jenama e.MAS dijangka akan diperkenalkan pada suku ketiga tahun 2026 dengan fasa awal memfokuskan kepada lokasi tumpuan ramai sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Pengenalan stesen pengecasan ini dijangka dapat memberikan pengalaman mengecas yang jauh lebih baik untuk pemilik e.MAS. Menariknya, pemilik Proton e.MAS yang membuat bayaran pengecasan melalui aplikasi Proton e.MAS bakal menikmati kadar diskaun khas

Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan PRO-NET dalam usaha menyokong pertumbuhan akses pengecasan EV tempatan. Langkah ini bukan sahaja memberi nilai tambah untuk pemilik e.MAS tetapi seiring dengan usaha Kerajaan dalam membangunkan ekosistem EV menerusi penyertaan aktif industri dan vendor tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN