Close

Samsung Galaxy S26 FE bakal diperkenalkan pada 27 Ogos ini

Samsung telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru iaitu Galaxy S26 FE pada 27 Ogos ini. Merupakan model yang lebih mampu milik dalam masa sama menawarkan spesifikasi atau kemampuan yang hampir sama seperti model utama.

Spesifikasi Galaxy S26 FE telah tertiris, dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 1900 nits. Peranti ini dikatakan hanya setebal 7.4mm dengan berat sekitar 193 gram serta turut menyokong penarafan IP68.

Untuk spesifikasi dalaman, peranti ini dijangka akan dikuasakan dengan cip Exynos 2500 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4900mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W. Menariknya, peranti dikatakan akan menggunakan teknologi bateri silicon-carbon, jenis bateri yang sama digunakan pada Galaxy Z Fold8.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP. Selain itu, Galaxy S26 FE akan dilengkapi dengan WiFi 6, NFC, Bluetooth 5.4, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan sistem operasi Android 17 berasaskan One UI 9.

ARTIKEL BERKAITAN