Close

Xbox Cloud Gaming mungkin akan dikenakan had masa bermula November ini

Microsoft dilaporkan bakal memperkenalkan had masa bulanan untuk Xbox Cloud Gaming bermula November ini.

Melalui perubahan ini, Microsft akan menetapkan jumlah jam waktu permainan mengikut kepada pelan langganan. Untuk Game Pass Ultimate jam yang ditetapkan adalah 15 Jam sebulan, Game Pass Premium 10 jam sebulan dan Game Pass Essential 5 jam sebulan.

Menurut Microsoft, perubahan ini dibuat susulan peningkatan kos operasi untuk perkhidmatan cloud gaming. Selain itu, perubahan ini dijangka hanya akan memberi kesan kepada 4% pelanggan Game Pass. Untuk pengguna yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk permainan, Microsoft akan menawarkan pakej tambahan jam permainan cloud yang boleh dibeli menerusi Xbox Store.

Menariknya, jam permainan yang tidak digunakan dikatakan boleh dibawa ke bulan berikutnya, bermaksud pengguna tidak perlu risau sekiranya tempoh atau jam tidak sempat dihabiskan dalam tempoh tersebut.

Selain itu, Microsoft juga dikatakan bakal memperkenalkan pay-as-you-go pilihan bayar mengikut penggunaan. Melaluinya, pengguna boleh melakukan penstriman permainan yang disokong dan dimiliki tanpa perlu melanggan Game Pass.

Bagi pengguna yang kerap menggunakan atau bermain melalui Xbox Cloud Gaming perubahan ini semestinya tidak menggembirakan. Namun, bagi majoriti yang kurang menggunakan langganan atau perkhidmatan perubahan ini mungkin tidak memberi kesan yang besar.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN