Close

realme 16 Pro edisi Harry Potter bakal diperkenalkan tak lama lagi

realme dengan kerjasama Warner Bros bakal memperkenalkan realme 16 Harry Potter Edition.

Seperti namanya, edisi terhad ini akan diinspirasikan daripada dunia Haryy Potter. Merujuk kepada perkongsian dibuat, peranti ini hadir dengan rekaan bertemakan Hogwarts dan terdapat perkataan “Welcome to Hogwats” diletak di sebelah kanan.

Selain itu, peranti edisi terhad ini akan hadir dengan antara muka dan aksesori eksklusif bertemakan Harry Potter. Bercakap mengenai spesifikasi, peranti ini dijangka hadir dengan spesifikasi sama seperti realme 16 Pro biasa namun dengan pakej jualan yang eksklusif.

Tiada sebarang maklumat mengenai harga jualan dan ketersediaan yang dikongsi buat masa ini. Seperti biasa, lebih banyak maklumat akan dikongsi dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN