Close

JPN perkenal MyKad generasi baru – Ini yang perlu anda tahu

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara rasmi memperkenalkan MyKad generasi baru, tampil dengan pelbagai pembaharuan baru merangkumi rekaan dan juga ciri keselamatan.

MyKad baru ini mempunyai 53 ciri keselamatan fizikal yang merangkumi pelbagai elemen pada permukaan dan struktur kad. Untuk rekaan, gambar kini diletakkan pada bahagian kiri kad, manakala cip serta kod QR diletakkan di bahagian belakang kad. MyKad baru tidak lagi menggunakan binaan plastik sebaliknya menggunakan lapisan polikarbonat yang lebih tahan lasak.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan corak Guilloche, iaitu corak keselamatan halus untuk menjadikan ia sukar untuk dipalsukan. Terdapat juga Rainbow Printing yang berubah ton warna mengikut sudut pandangan. Ciri keselamatan tahap tinggi seperti laser engraving, transparent window dan juga ghost image turut tersedia pada MyKad baru.

Tidak ketinggalan, sokongan seperti keselamatan ultraungu dan hologram keselamatan dinamik turut dimuatkan. Akhir sekali, MyKad generasi baru ini juga dilengkapi dengan cip NFC yang membolehkan pembacaan secara contact dan contactless.

Dari segi ketersediaan, MyKad baru ini boleh dipohon bermula 17 September 2026, di lebih 40 cawangan JPN seluruh negara. Menurut JPN, pengeluaran MyKad di cawangan yang dilengkapi dengan Pusat Cetakan boleh disiapkan pada hari yang sama

Selain itu, MyKad sedia ada masih boleh digunakan seperti biasa, dan masih tiada arahan untuk penggantian sepenuhnya MyKad baru buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN