Close

realme 16 Pro edisi Harry Potter tiba di Malaysia dengan harga RM2699

realme 16 Harry Potter Edition tiba secara rasmi ke pasaran tempatan. Seperti namanya, edisi terhad ini akan diinspirasikan daripada dunia Haryy Potter.

realme 16 Harry Potter Edition ini tampil dengan logo Hogwarts dengan empat warna dalam dunia Harry Potter yang akan berubah mengikut pantulan cahaya. Panel belakang peranti ini menggunakan kemasan kulit dengan tekstur corak Argyle. Rekaan modul kamera turut menerima sedikit perubahan dengan lensa kelihatan seperti Hedwig.

Selain itu, peranti edisi terhad ini hadir dengan antara muka yang bertemakan Harry Potter. Untuk menjadikan ia lebih menarik, peranti ini didatangkan dengan aksesori eksklusif kotak yang mirip seperti kotak simpanan Haryy Potter, lengkap dengan surat kemasukan Hogwarts, tiket kereta api Platform 9¾ , penanda buku empat rumah utama Hogwarts, poskad, pin SIM, dan kerangka khas dengan logo Hogwarts.

Menggunakan spesifikasi yang sama seperti model biasa, skrin AMOLED jenis rata bersaiz 6.78-inci dengan paparan 144Hz, cip Dimensity 7300 Max, bateri 7000mAh, pengecasan pantas 80W dan dua kamera belakang dengan sensor utama 200MP.

Di Malaysia, realem 16 Pro Harry Potter Edition dijual pada harga RM2699 dan tersedia dalam jumlah terhad iaitu 5000 unit sahaja di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN