Close

CMF bukan lagi sub-jenama kepada Nothing

CMF kini bukan lagi sub-jenama kepada Nothing, perkara tersebut diumumkan sendiri oleh pengasas dan CEO Nothing iaitu Carl Pei.

Menurut Carl Pei, CMF akan dipisahkan daripada Nothing dan akan menjadi sebuah syarikat baru yang mempunyai majoriti pemilikan India, ibu pejabat, pusat penyelidikan serta pembangunan (R&D) sendiri di negara tersebut.

Walaubagaimanapun, Nothing akan kekal sebagai pemegang saham dan rakan kongsi kepada CMF. Carl Pei menjelaskan bahawa langkah ini bukan sekadar menghasilkan produk untuk pasaran India, sebaliknya mahu membina keseluruhan keupayaan dalam pembangunan dan ekosistem pembekal di negara tersebut.

Carl Pei turut menyatakan bahawa kira-kira 99% telefon pintar yang dijual di India kini dihasilkan di negara tersebut dan perkembangan ini adalah satu pencapaian besar.

Pengumuman ini menandakan perubahan besar untuk CMF daripada sekadar sub-jenama kepada Nothing kini menjadi ebuah syarikat yang akan membina produk, pasukan R&D dan ekosistemnya sendiri dari India untuk pasaran global.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN