Xiaomi Malaysia melalui Facebook rasmi mereka mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro akan tiba ke pasaran tempatan pada tahun ini.

Melalui perkongsian tersebut, ia memaparkan bahagian belakang siri Xiaomi 18 Pro dalam warna biru gelap. Apa yang lebih menarik, pada skrin sekunder terdapat perkataan ‘Apa Khabar’ yang ditulis dalam Bahasa Melayu, Tamil dan juga Mandarin.

Siri Xiaomi 18 Pro akan ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max, merupakan peranti pertama yang menggunakan cip terbaru dari Qualcomm iaitu cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 (Xiaomi 18 Pro Max) dan Snapdragon 8 Elite Gen 6 (Xiaomi 18 Pro).
Selain itu, Xiaomi masih lagi bekerjasama dengan Leica untuk menawarkan kemampuan kamera yang lebih baik. Buat masa ini, Xiaomi Malaysia belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai ketibaan dan ketersediaan siri Xiaomi 18 Pro.