Close

HONOR Magic9 dan Magic9 Pro Max diumumkan – Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, kamera ARRI dan bateri 8800mAh

HONOR secara rasmi mengumumkan barisan baru peranti andalan mereka melalui model siri Magic9. Hadir dengan pelbagai peningkatan menarik merangkumi spesifikasi dan juga kemampuan kamera.

HONOR Magic9 Pro Max

Merupakan model paling premium dalam siri ini, hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.8-inci dengan resolusi 1320 x 2868. Selain, itu skrin peranti menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 10,000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 EIite Extreme Gen 6 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Perkara paling menarik mengenai Magic Pro Max adalah pada bahagian sistem kameranya. Peranti ini menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 200MP Periskop Telefoto + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 55MP. Kemampuan kamera peranti ini dibantu dengan sistem imej dari ARRI, jenama kamera digital dari Jerman.

Antara ciri yang ditawarkan seperti format ARRI LogC3 untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti ketika melakukan colour grading Terdapat juga mod ARRI Movie Live yang merakam dalam nisbah sinematik 2.39:1. Dimuatkan dengan bateri 8800mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 80W tanpa wayar. Selain itu, peranti ini menyokong penarafan IP68, IP69 dan IP69K. Ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Shadow Black, Glacier Silver dan Moss Green.

HONOR Magic9

Merupakan model paling asas dan hadir dengan rekaan yang lebih kompak, menggunakan skrin OLED bersaiz 6.37-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 10,000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utam 200MP + 200MP Periskop Telefoto + 50MP Ultra Lebar dan sensor swafoto 55MP. Sama seperti model Pro Max, kemampuan kamera ini dibantu dengan sistem imej ARRI, jenama kamera digital dari Jerman.

Dimuatkan dengan bateri 8000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 80W tanpa wayar. Selain itu, peranti ini menyokong penarafan IP68, IP69 dan IP69K. HONOR Magic9 ditawarkan dalam pilihan warna Black, Olive Green, Yellow dan White.

Di China, HONOR Magic9 dijual pada harga bermula CNY4999 (RM3041), manakala untuk Magic9 Pro Max pula dijual pada harga bermula CNY6499 (RM3955). Buat masa ini, HONOR masih belum mengumumkan tarikh pelancaran global untuk siri Magic9.

ARTIKEL BERKAITAN