iQOO 16 menjadi peranti andalan terbaru yang diumumkan di China. Tampil dengan spesifikasi yang lebih berkuasa dan dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar.

iQOO 16 dilengkapi dengan skrin M16 AMOLED bersaiz 6.85-inci dengan resolusi 1440 x 3168. Turut menyokong paparan 165Hz dan kecerahan puncak sehingga 10,000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16 dan storan dalaman 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto Periskop dengan 3x zum optik dan swafoto 32MP. Tarikan utama pada peranti ini adalah pada kapasiti bateri, dimuatkan dengan bateri sebesar 8400mAh yang menyokong pengecasan berwayar 100W dan 40W tanpa wayar.
Untuk spesifikasi, peranti ini menyokong penarafan IP68 dan IP69 untuk perlindungan yang lebih baik dan menyokong pengimbas cap jari ultrasonik. Selain itu, peranti menjalankan sistem operasi OriginOS 7 yang berasaskan Android 17.
Di China, iQOO 16 dijual pada harga bermula sekitar CNY5999 (RM3562) dan mencapai sehingga CNY8499 (RM5033). Buat masa ini, iQOO belum lagi mengesahkan sebarang tarikh mengenai ketibaan peranti ini ke pasaran global.