Close

vivo V80 diperkenalkan – Cip Snapdragon 7 Gen 4, bateri 7200mAh dan kamera ZEISS

vivo secara rasmi memperkenalkan V80 di India, merupakan peranti kelas pertengahan yang hadir dengan pelbagai peningkatan yang menarik.

vivo V80 dibina menggunakan binaan aluminium bersama panel belakang jenis kaca. Peranti ini hanya setebal 7.79mm dan berat sekitar 210 gram. Dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci dengan FHD+, paparan 144Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 5000 nits.

Peranti ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor Sony LYT700V 50MP + 50MP Telefoto dengan 3x zum optik + 8MP Ultra Lebar dan swaforo 50MP. Sistem kamera ini dibantu dengan ZEISS untuk memberikan pengalaman fotografi yang lebih baik.

Dimuatkan dengan kapasiti bateri 7200mAh menyokong pengecasan pantas 90W. Untuk spesifikasi lain, peranti ini hadir dengan penarafan IP69, pengimbas cap jari bawah skrin, Bluetooth 5.4,NFC dan sokongan eSIM. vivo V80 menjadi peranti terawal yang menjalankan Android 17 berasaskan OriginOS 7 terus dari kotak.

Di India, vivo V80 dijual pada harga bermula sekitar INR62,999 (RM2660) dan mencapai sehingga INR79,999 (RM3379). Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Horizon Blue, Stellar Black dan Sunrise Anthem.

ARTIKEL BERKAITAN