Close

MediaTek Dimensity 9600 Pro tiba di Malaysia – Bakal digunakan pada siri vivo X500 dan siri OPPO Find X10

MediaTek melalui acara ‘The Next Leap’ memperkenalkan cip andalan baru mereka iaitu Dimensity 9600 Pro dan Dimensity 9600M di Malaysia. Cip ini menawarkan pelbagai peningkatan menarik seperti prestasi pemprosesan, kecerdasan buatan (AI), permainan dan keupayaan fotografi.

Untuk Dimensity 9600 Pro, ia dibina menggunakan teknologi pemprosesan 2nm dengan konfigurasi lapan teras dengan 2x teras C2-Ultra pada 4.55GHz + 3x teras C2-Pro pada 4.35GHz + 3x teras C2-Pro pada 3.1GHz. MediaTek menyatakan konfigurasi ini menawarkan peningkatan prestasi teras tunggal sehingga 17% dan prestasi berbilang teras sehingga 15% berbanding generasi sebelumnya.

Untuk prestasi grafik, Dimensity 9600 Pro dimuatkan dengan GPU G2-Ultra NX yang menawarkan peningkatan prestasi sehingga 27%, kecekapan kuasa 24% lebih rendah dan prestasi ray tracing sehingga 18% lebih pantas. Dari segi kecerdasan, cip ini dilengkapi seni bina dwi-NPU serta Dimensity Agentic AI Engine membolehkan tugasan AI yang lebih kompleks dijalankan secara terus pada peranti.

Untuk fotografi, cip ini dilengkapi dengan Imagiq 1290 ISP bersama AI Imaging Fusion Architecture untuk menghasilkan imej yang lebih baik dan seimbang. Selain itu, ia menyokong rakaman 4K240 Ultra‑Slow‑Motion, 4K60 dengan AI True Color Tone serta 4K120 Cinematic Log bagi video sinematik.

Manakala untuk Dimensity 9600M, ia menggunakan konfigurasi CPU dan GPU yang sama seperti Dimesity 9500, konfigurasi lapan teras dengan 1x C1-Ultra + 3x C1-Premium + 4x teras C1-Pro. Untuk grafik, ia dilengkapi dengan GPU Arm Mali-G1 Ultra MC12, manakala untuk pemprosesan AI ia menggunakan MediaTek NPU 990.

Cip Dimensity 9600M dilengkapi dengan Agentic AI Engine dan Dimensity Scheduling Engine, yang direka untuk meningkatkan keupayaan peranti dalam menjalankan tugasan AI. Sekaligus, membolehkan AI mengendalikan tugasan AI yang lebih kompleks.

Untuk fotografi, cip ini mampu menyokong sensor sehingga 320MP dengan rakaman video sehingga 8K pada 60fps. Selain itu, untuk skrin ia menyokong resolusi sehingga WQHD+ dengan paparan 180Hz.

Pada acara yang sama, MediaTek mengesahkan siri vivo X500 dan siri Find X10 akan menjadi model terawal yang akan menggunakan cip ini di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN