Saiz fail untuk permainan Grand Theft Auto VI (GTA VI) dilaporkan mencecah sekitar 210 GB, apabila permainan tersebut tersedia untuk dimuat turun ketika hari pelancaran.
π¨ Grand Theft Auto VI
— PlayStation Game Size (@PlaystationSize) October 27, 2026
– ππ¨π°π§π₯π¨ππ ππ’π³π : 210 GB
– ππππ§πππ«π ($79.99)
Pre-Load : November 12
Release : November 19
πππ₯πππ¬π ππ’π¦π : Midnight pic.twitter.com/5vXkgnqfC7
Melalui maklumat yang dikongsi oleh PlayStation Game Size di platform X, saiz muat turun penuh untuk GTA VI mencapai sehingga 210GB. Laporan lain iaitu Insider Gaming turut menyatakan perkara sama berkenaan saiz fail permainan tersebut.
Sekiranya maklumat ini tepat, permainan GTA VI akan menjadi permainan yang memerlukan ruang storan paling besar. Dua kali ganda berbanding permainan Red Dead Redemption 2 yang memerlukan sekitar 100GB hingga 150GB bergantung kepada platform.
Walau bagaimanapun, saiz fail sebenar untuk permainan GTA VI masih tidak lagi diketahui dan Rockstar Games masih belum mengesahkan saiz fail rasmi permainan berkenaan. Memandang permainan ini berkonsep dunia terbuka elemen seperti tekstur, audio, aset grafik dan juga kandungan dunia permainan menyumbang kepada saiz fail yang besar.

Permainan GTA VI dijadualkan tiba pada 19 November 2026, dengan pramuat turun dijangka bermula pada 12 November 2026.