TikTok kini memperkenalkan aplikasi khusus untuk e-dagang iaitu TikTok Shop. Pengenalan aplikasi ini adalah untuk mengembangkan lagi perniagaan e-dagang mereka.

Menerusi aplikasi ini, ia menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih baik dengan fungsi pembayaran secara terus dalam aplikasi, penjejakan pesanan dan khidmat sokongan pelanggan. Berbeza dengan sebelum ini, TikTok Shop hanya boleh diakses melalui aplikasi utama.
Dengan pengenalan aplikasi khusus, pengguna kini mempunyai satu lagi pilihan untuk membeli-belah tanpa perlu membuka platform media sosial utama. Selain itu, terdapat juga tawaran eksklusif yang hanya tersedia dalam aplikasi berkenaan.
Menariknya, Malaysia menjadi negara terawal yang menerima aplikasi ini bersama dengan Singapura, Thailand dan juga Singpura. Aplikasi TikTok Shop telahpun tersedia untuk dimuat turut oleh pengguna iOS dan Android.
Pengenalan aplikasi berasingan ini adalah salah satu usaha TikTok dalam mengembangkan lagi perniagaan e-dagang mereka dan bersaing secara lebih langsung dengan platform seperti Amazon dan Temu.