Samsung dilaporkan sedang membangunkan fon baru dengan teknologi ‘expandable display’ yang membolehkan saiz dikembangkan mengikut kepada keperluan pengguna.

Menurut maklumat, peranti tersebut akan menggunakan mekanisem jenis gelongsor yang membolehkan skrin dikembangkan secara menegak. Menariknya, teknologi skrin ini membolehkan pengguna bertukar-tukar nisbah skrin antara 16:9 dan 21:9. Sokongan ini membolehkan pengguna menikmati pengalaman skrin yang lebih baik mengikut kepada jenis kandungan yang digunakan.
Samsung is developing a phone with a display that can extend from 16:9 to 21:9. Some people prefer a wider screen, while others like a taller form factor. This design could accommodate both, letting users adjust the proportions to suit what they’re doing. If Samsung can make it… pic.twitter.com/pETrifvvUp
— Ice Universe (@UniverseIce) November 11, 2026
Walau bagaimanapun, cabaran atau halangan terbesar pada teknologi ini adalah ruang, menyebabkan kapasiti bateri mungkin terpaksa dikecilkan bagi memuatkan komponen yang berkaitan.
Sebelum ini, terdapat laporan mendedahkan fon dengan teknologi ‘expandable display’ dari Samsung mungkin akan diperkenalkan pada separuh pertama 2028. Peranti tersebut berkemungkinan akan menggunakan nama Galaxy Z Slide atau Galaxy Z Roll.